Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 1 Februari 2012

TANGISAN KERINDUAN BILAL

Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak mau berazan lagi setelah wafat Rasulullah kerana Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad RasululLah” kerana ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi kerana desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara azan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. 

Bilal akhirnya dengan berat hati mahu berazan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad RasululLah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca azan kerana tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat azan itu, seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw.

Mengapa Rasulullah dirindukan atau dicintai? Itu bukan hanya kerana Allah SWT membuka hati mereka untuk rindu, tetapi kerana akhlak Rasulullah yang menarik kecintaan mereka. Dan akhlak itu adalah Sunnah. Sekiranya kita mencontoh akhlak beliau ini, pasti kitapun akan dicintai oleh banyak manusia. Tentu tidak oleh semua manusia, kerana Rasulullah juga tidak dicintai oleh semua manusia, tidak dicintai oleh semua sahabat dan tidak dicintai oleh semua makhluk. Tapi sekiranya kita mempraktikkan akhlak Rasulullah itu dalam pergaulannya dengan orang banyak, pasti kitapun akan menjadi manusia, yang dicintai oleh kebanyakan umat manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan